My Add

Sunday 21 October 2012

Wanita MCA bidas DAP-Pas bersekutu

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 OktOBERM 2012: Wanita MCA membidas sikap 'bermuka-muka' DAP yang sanggup bersekutu dengan Pas dalam pelaksanaan hukum hudud tanpa menimbangkan sensitiviti kaum Cina di negara ini demi mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Wanita Kebangsaannya, Datuk Yu Chok Tow berkata, DAP sering menggunakan pelbagai alasan dan taktik kotor untuk mengelirukan masyarakat Cina berhubung hukum hudud.

"Pada 2008, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah membuat kenyataan, sekiranya Pas masih berdegil untuk melaksanakan hukum hudud, maka parti tersebut tidak akan sesekali bekerjasama dengan parti Islam itu.

"Namun, apa sudah jadi sekarang? Demi untuk ke Putrajaya, DAP sanggup pula bekerjasama dengan Pas walaupun sehingga saat ini, parti Islam itu tidak pernah berganjak dengan keputusan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment