My Add

Sunday 21 October 2012

Wataniah di 317 penempatan Felda

SIK, SABTU, 20 Oktober, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) merancang menjadikan kesemua 317 buah penempatan Felda di seluruh negara sebagai Kompeni Askar Wataniah.

Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Razif Idris berkata, sehingga kini Selangor, Johor, Terengganu, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan telah berjaya menubuhkan Kompeni Askar Wataniah masing-masing.

"Kedah dan Perlis adalah Kompeni Askar Wataniah Kesembilan dan akan diteruskan lagi penubuhannya.

"Konsep pertahanan menyeluruh yang ditetapkan dalam dasar Pertahanan Negara iaitu tanggungjawab semua lapisan masyarakat perlu diintegrasikan secara bersepadu untuk sinergi dalam pertahanan negara," katanya pada majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Kedah/Perlis di Padang Awam Felda Teloi Timur di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment