My Add

Sunday 7 October 2012

Wanita paling ramai ikrar derma organ

KOTA BHARU, AHAD, 07 Oktober, 2012: Lebih ramai golongan wanita berikrar menderma organ berbanding lelaki apabila 55 peratus daripada 205,478 pengikrar yang mendaftarkan diri di negara ini terdiri daripada golongan itu.

Menurut data Pusat Sumber Transplan Nasional, daripada keseluruhan pengikrar berdaftar sejak 1997 sehingga September lalu, seramai 112,224 adalah wanita, manakala lelaki pula hanya 92,263 orang atau 45 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, pengikrar dari kalangan belia berumur antara 25 hingga 35 tahun juga mewakili peratusan yang besar iaitu lebih 60 peratus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment