My Add

Sunday 25 November 2012

100 lagi bekas tentera sertai Polis Diraja Malaysia

HULU SELANGOR, SABTU, 24 November, 2012: Pengambilan 100 bekas tentera daripada 103 orang pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sesi kedua tahun ini dijangka mampu mengatasi kekosongan jawatan dalam pasukan beruniform itu.

Bekas-bekas tentera yang memiliki rekod pengalaman ketenteraan antara 13 hingga 19 tahun akan diserap ke dalam bidang persenjataan, pengangkutan, mekanik dan komunikasi.

Menurut Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, pengambilan bekas tentera sesi kedua tahun ini dilihat mampu mengatasi kekurangan pakar dalam bidang-bidang tersebut.

Katanya, pengambilan sesi kedua bekas tentera termasuk tiga anggota polis yang menjalani latihan asas kepolisan sejak 26 Ogos lalu selaras dengan kehendak Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi menampung keperluan dalam PDRM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment