My Add

Sunday 25 November 2012

Kehebatan belia cermin kekuatan negara

*ROSMAH Mansor sambil diperhatikan Ahmad Shabery Cheek menerima cenderamata daripada jurucakap Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan, Hafiz Ariffin (kanan) dalam Majlis Makan Malam Transformasi Mahasiswa Memperkasa Bangsa di PWTC Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR , SABTU,24 November, 2012: Kehebatan golongan belia menjadi cerminan terhadap kekuatan kepimpinan sesebuah negara dalam mengekalkan paksi kekuatan negara pada masa hadapan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelasnya, sejarah membuktikan belia bukan sahaja bermanfaat pada hari mendatang malah berpotensi untuk memainkan peranan yang bermakna semasa usia muda.

"Saya ingin menyeru golongan muda untuk terus dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar kita dapat melahirkan kelompok cerdik pandai yang akan mampu menongkah arus transformasi negara," katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Transformasi Mahasiswa Memperkasa Bangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Idris Haron.

Program berkenaan menghimpunkan lebih 300 wakil kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi daripada IPT di dalam dan luar negara.

Menurut Rosmah, beliau berharap golongan mahasiswa akan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara di samping bersyukur dengan nikmat pembangunan negara selama ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment