My Add

Sunday 25 November 2012

36 peserta rebut 12 tempat akhir fesyen Piala Seri Endon

 *LEELA Mohd. Ali (lima dari kanan) bersama Noryn Aziz (lima dari kiri) dengan sebahagian pereka fesyen yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir fesyen Piala Seri Endon 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, SABTU, 24 November, 2012: Seramai 36 peserta pusingan kedua bagi kategori fesyen Piala Seri Endon mempamerkan hasil rekaan mereka untuk merebut 12 tempat ke pertandingan akhir yang berlangsung 2 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang (Penyayang), Datuk Leela Mohd. Ali berkata, peserta-peserta itu dipilih daripada keseluruhan 64 penyertaan yang menampilkan ciptaan batik kreatif dan berkualiti.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, kategori fesyen mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan peserta dan pada tahun ini jumlah penyertaan yang diterima adalah sebanyak 64," katya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment