My Add

Sunday 25 November 2012

Hadiah ijazah buat bapa OKU

*MARZUKI Dahman tersenyum dan berbangga selepas dapat memegang skrol ijazah anaknya, Nuhafizah Marzuki yang menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian sambil dipeluk erat ibunya, Siti Sutiah Samion dan adik, Mohd. Hazim selepas sidang kedua Majlis Konvokesyen USIM Ke-10 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Oleh FARABI SHEIKH 
SAID AL JABRI 
SEREMBAN, SABTU,24 November, 2012: Biarpun tidak dapat melihat anaknya naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah, namun Marzuki Dahman, 53, yang cacat penglihatan mampu tersenyum bangga dengan pencapaian anak kesayangannya itu.

Anak Marzuki, Nuhafizah, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi merupakan antara 586 penerima ijazah dalam sidang kedua majlis konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-10 yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment