My Add

Saturday 17 November 2012

47 kanak-kanak maut kereta api rempuh bas sekolah di Mesir

ASSIUT (Mesir), SABTU, 17 November, 2012: Sekurang-kurangnya 47 kanak-kanak maut apabila kereta api merempuh sebuah bas dipenuhi kanak-kanak tadika di selatan Mesir, hari ini.

Pegawai kerajaan berkata, nahas berlaku ketika bas berkenaan sedang menyeberangi landasan di sebuah perkampungan di Daerah Manfaloot di Wilayah Assiut, kira-kira 356 kilometer dari Kaherah.

Beliau berkata, ketika kejadian pintu lintasan kereta api tidak ditutup.

“Jumlah kematian kini mencecah 47 orang manakala 13 kanak-kanak lagi cedera,” katanya.

Bas berkenaan membawa 60 kanak-kanak berusia antara empat dan enam tahun, dalam perjalanan untuk satu program lawatan anjuran tadika berkenaan. - AP

No comments:

Post a Comment