My Add

Saturday 24 November 2012

ADUN Permatang dakwa nilaian tanah Talam di Bukit Beruntung meragukan

SHAH ALAM 23 Nov. - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mempersoalkan penilaian tanah di Bukit Beruntung dekat sini, berjumlah RM375 juta yang dilakukan kerajaan negeri melibatkan proses pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).

ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, pihaknya meragui penilaian tanah yang dimiliki Talam itu ekoran terdapat perbezaan besar dari segi nilai aset syarikat tersebut berjumlah RM262 juta.

Beliau berkata, berdasarkan kertas putih penstrukturan hutang Talam yang dibentangkan kerajaan negeri Selasa lalu, penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) didapati jauh lebih rendah berbanding penilaian yang dibuat firma yang dilantik Talam iaitu Sulaiman & Co..

Dalam laporan itu, katanya, JPPH didapati menetapkan nilai RM113 juta bagi tanah Talam di Bukit Beruntung manakala Sulaiman & Co. pula menetapkan nilai yang tinggi iaitu sebanyak RM375 juta meskipun tanah tersebut berstatus pertanian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment