My Add

Saturday 24 November 2012

Ibu bapa Yee Ling dicari

*CHEN Yee Ling menunjukk an gambar ibu dan bapanya yang menghilangkan diri di pejabat MCA negeri Perak, Ipoh semalam.

IPOH, JUMAAT, 23 November, 2012: Seorang nenek hari ini meminta anak dan menantunya yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur supaya pulang bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak pasangan itu Chen Yee Ling , lima tahun yang dijaganya sejak lahir.

Wong Lai Chun, 55, merayu anak perempuannya, Kong Pooi San, 27, dan menantunya, Chen Chin Tawh, 30, supaya menyerahkan hak penjagaan Yee Ling kepadanya sekiranya mereka tidak mahukan kanak-kanak itu lagi.

Katanya, kali terakhir Chin Tawh menjenguk Yee Ling adalah empat tahun lepas manakala Pooi San pada Mei lalu.

"Suami saya, Kong Ah Soong, 53, ada menghubungi anak kami, Pooi San pada Julai lalu dan dalam perbualan telefon itu, dia beritahu tidak mahu kanak-kanak itu dan meminta supaya budak itu dijaga oleh Chin Tawh. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment