My Add

Tuesday 20 November 2012

Ambil tindakan ke atas pemimpin Pas terlibat - Veteran UMNO

KOTA BHARU, ISNIN, 19 November, 2012: Majlis Veteran UMNO Malaysia mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau dan mengambil tindakan ke atas pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa bencana besar kepada agama Islam serta negara.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya bimbang sekiranya perkara tersebut berterusan dan tidak diawasi akan menjadikan keadaan lebih berbahaya daripada sekarang.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang adalah manifestasi terhadap keadaan Pas yang semakin tertekan, tamak dan gelojoh untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan menawan Putrajaya.

"Pas tahu sokongan kepada parti itu semakin merosot kerana perjuangan mereka telah tersasar jauh daripada dasar perjuangan asal. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP yang anti Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak bermoral, sebab itu senjata yang ada hanya menggunakan doa dan doa ini akan makan diri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment