My Add

Saturday 24 November 2012

Ancaman Korea Utara: Korea Selatan perkuat kapal pemusnah

SEOUL, SABTU, 24 November, 2012: Korea Selatan dilapor telah mula memperkuatkan kapal-kapal pemusnah miliknya dengan peluru berpandu yang lebih moden dengan keupayaan melakukan serangan lebih tepat di mana-mana sasaran di Korea Utara.

Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan tentera semalam melaporkan, Korea Selatan telah memperkuatkan dua kapal pemusnah dengan peluru berpandu Hyunmu 3C yang menyamai keupayaan senjata Tomahawk yang diguna pakai oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Peluru berpandu berkenaan mempunyai jarak sasaran sehingga 400 kilometer dan berkeupayaan menyerang sasaran di bahagian paling jauh di Korea Selatan.

Seorang pegawai tentera yang enggan namanya didedahkan berkata, langkah tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea Utara memperkukuhkan armada tentera laut di kawasan barat laut semenanjung kedua-dua negara terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment