My Add

Saturday 24 November 2012

Polis Thailand lepas gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

BANGKOK, SABTU, 24 November, 2012: Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi antikerajaan di sini, hari ini.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthayo berkata, polis melepaskan 10 tin gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan bertindak meruntuhkan pagar berduri dan sekatan jalan raya yang dibina menghalang laluan mereka ke kawasan utama demonstrasi di Dataran Royal Plaza berdekatan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

"Setakat ini, tindakan itu hanya diambil di satu kawasan kerana penunjuk perasaan melanggar peraturan yang ditetapkan. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan,’’ katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment