My Add

Sunday 25 November 2012

Anggota Parlimen disaran sumbang RM5,000 dalam projek "House Build" 

ALOR SETAR, AHAD, 25 November, 2012: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung menyarankan supaya semua anggota Parlimen memperuntukkan RM5,000 bagi membantu rakyat miskin membaiki rumah melalui projek "House Build" yang dilancarkan kementeriannya.

Beliau berkata, jika semua anggota Parlimen dapat menyalurkan sumbangan sebanyak itu, lebih banyak rumah dapat dibaik pulih dan lebih ramai penduduk miskin dapat tinggal di rumah yang lebih selesa.

"Tahun ini, kita dapat membaik pulih 17 rumah sahaja di seluruh negara tetapi jika semua ahli Parlimen memberi peruntukan, tidak mustahil kita dapat membaiki tidak kurang 2,000 rumah setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah "House Build" sempena sambutan Hari Habitat Sedunia 2012 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment