My Add

Sunday 25 November 2012

Muhyiddin mahu pemimpin muda pertahan asas perjuangan pemimpin terdahulu

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin muda hari ini supaya mempertahankan asas perjuangan pemimpin terdahulu supaya ia tidak diganggu gugat oleh pihak pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang akan sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan segala program transformasi yang telah dan sedang dijalankan kerajaan.

"Situasi sekarang ini ada pihak yang mahu "lokomotif" yang telah kita letakkan di atas landasan supaya ia dapat "diderailkan" (digelincirkan), di hala ke tempat lain lalu menjunam jatuh ke gaung yang mungkin akan membawa bahaya besar kepada negara kita.

"Sebab itu sebagai pemimpin masa depan, saudara harus pertahankan ini supaya keretapi yang sudah ada di atas landasan yang betul ini jangan diganggu gugat hingga boleh menyebabkan program transformasi kita gagal, kerana dengan kegagalan itu Malaysia tidak boleh mencapai tahap negara maju," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika menutup Wacana dan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional yang dihadiri kira-kira 3,500 mahasiswa universiti dan kolej swasta tempatan, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment