My Add

Thursday 15 November 2012

Beberapa sungai di 3 negeri lebihi paras amaran

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 November, 2012: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) malam tadi meminta penduduk di kawasan sekitar Kuala Langat dan Kuala Selangor di Selangor serta Sungai Rembau di Titian Bitangor, Rembau, Negeri Sembilan berwaspada berikutan paras air di sungai-sungai itu kini melebihi paras amaran.

Keadaan sama juga berlaku di Sarawak Maritime dan Sungai Bidut di Sibu, Sarawak dengan masing-masing mencatatkan 2.85 meter dan 3.05 meter.

Setakat 10 malam tadi, di Selangor, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat mencatatkan 4.06 meter dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor mencatatkan 3.72 meter.

Menurut portal JPS, Sungai Rembau di Titian Bitangor, Rembau, Negeri Sembilan pula mencatatkan 6.68 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.

Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 60 kepada 27 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment