My Add

Wednesday 14 November 2012

Beca di Teluk Intan bakal lenyap

*ALIAS Mat (kiri) dan Lee Kee Zih menunggu pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat beca di Teluk Intan, semalam.

Oleh AINSAFRE BIDIN
TELUK INTAN 13 Nov. - Beca pernah menjadi antara pengangkutan awam paling popular di negara ini suatu ketika dahulu terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pekan.

Namun, kemunculan pengangkutan awam lain seperti bas, teksi, transit aliran ringan ditambah dengan kemampuan rakyat negara ini membeli kenderaan sendiri menyebabkan teksi beroda tiga itu hampir pupus.

Senario sama turut berlaku di bandar Teluk Intan yang pernah menyaksikan lebih 100 beca beroperasi di sini pada 1960-an dahulu, namun kini cuma tinggal dua buah beca sahaja yang masih aktif dan diusahakan oleh warga emas.

Mereka ialah Alias Mat, 82, dan Lee Kee Zih, 79, yang masih mengerah kudrat empat kerat mengayuh beca sebagai punca pendapatan utama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment