My Add

Sunday 4 November 2012

Berjaya kumpul baki wang beli tana

*TANAH kosong bersebelahan PPR Fasa 1 di Taman Manggis, George Town yang dibeli oleh BN Pulau Pinang.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGETOWN, SABTU, O3 November, 3012: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berjaya mengumpul baki bayaran membeli tanah di Taman Manggis di sini berjumlah RM22,183,227 selepas tempoh 30 hari yang diberi kerajaan negeri berakhir hari ini.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, wang tersebut hasil sumbangan penyokong parti yang prihatin terhadap masalah rakyat yang memerlukan rumah mampu milik.

Katanya, wang tersebut akan diserahkan selepas menerima surat tawaran pembelian tanah dan syarat-syarat tender daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Kita sudah tiga kali menghantar surat kepada kerajaan negeri menerusi peguam yang dilantik supaya menyerahkan surat tawaran pembelian tetapi setakat ini, belum diterima.

"Kami bimbang jika duit tersebut sudah dibayar, dia (Guan Eng) letak syarat lain pula," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment