My Add

Sunday 4 November 2012

Taufan Sandy: Tiga penuntut di Cuba selamat

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 November, 2012: Tiga penuntut Malaysia di Universiti Sains Perubatan Santiago de Cuba, yang termasuk antara wilayah yang terjejas selepas Taufan Sandy melanda Cuba, berada dalam keadaan selamat, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kenyataannya hari ini, Anifah berkata, satu pasukan dari Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba telah bertemu ketiga-tiga pelajar tersebut pada 30 Oktober lalu untuk memastikan keselamatan mereka.

"Wakil Kedutaan Besar Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat dan bantuan kecemasan seperti makanan, minuman dan keperluan lain turut diserahkan pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, pasukan itu turut menawarkan tempat tinggal di Havana kepada ketiga-tiga penuntut tersebut sementara kerja baik pulih di sekitar universiti dijalankan.

Bagaimanapun, katanya kesemua mereka membuat keputusan untuk terus menetap di kolej memandangkan keadaan semakin pulih bagi meneruskan pengajian yang bakal bermula minggu depan.

Anifah berkata, Wisma Putra akan terus memantau keadaan di Cuba. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment