My Add

Monday 12 November 2012

BN tumpu kecemerlangan akademik

*AHMAD Bashah Md. Hanipah (kanan) mengadakan perbincangan dengan para penuntut UiTM di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, AHAD, 11 November, 2012: Barisan Nasional (BN) Kedah sentiasa memberi tumpuan kepada sektor pendidikan kerana ia merupakan elemen terpenting dalam pembentukan negara bangsa selain menjadi faktor utama mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih berkualiti.

Menyedari hakikat itu, BN Kedah tidak pernah berhenti berusaha dan bertindak proaktif bagi membolehkan sektor pendidikan di negeri ini terus dipertingkatkan dengan menyalurkan pelbagai peruntukan termasuk sumbangan Kerajaan Pusat walaupun Kedah kini ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tiada sumbangan lebih besar yang boleh diberikan kepada generasi muda melainkan membantu mereka meningkatkan tahap pendidikan. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment