My Add

Monday 12 November 2012

Pas serah kepada orang ramai

Oleh RADHUAN HUSSAIN
 KUALA TERENGGANU, AHAD, 11 November, 2012: Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.

Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.

Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.

Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam - UTUSAN

No comments:

Post a Comment