My Add

Wednesday 14 November 2012

Buat kenyataan bersumpah

Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD
 KUALA LUMPUR, SELASA, 13 November, 2012: Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Ku Amirul Faiz Ku Seman menggesa Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan bersumpah bagi menafikan ada menyebut orang Melayu patut diberi kebebasan memilih agama.

Beliau berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu patut berbuat demikian bagi menyelesaikan masalah yang kini semakin meruncing tersebut.

"Kita meminta beliau untuk membuat pernyataan bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan People should not be compel to adopt a particular religion and this should also apply to Malays. There is no compulsion in religion seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini, 3 November lalu.

"Kenyataan bersumpah ini akan menyelesaikan kemelut yang berlaku, sekali gus dapat membuktikan media arus perdana menyiarkan sesuatu berita bersifat bona fide dan bukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment