My Add

Wednesday 14 November 2012

Cabar saman Siti Zabedah

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dicabar menyaman ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim jika merasakan beliau benar.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukan sahaja perlu menyaman Siti Zabedah malah portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya.

"Taktik hanya memilih pihak tertentu untuk disaman adalah cara biasa bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sesetengah pemimpin pakatan pembangkang apabila sesuatu isu yang tidak dapat dijawab.

"Saman terhadap media juga dilihat bagi mengelirukan rakyat kononnya mahu menunjukkan mereka di pihak yang teraniaya dan mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment