My Add

Sunday 18 November 2012

Bukti PDRM telus

Oleh HUSSAINI AMRAN dan TERMIZI CHE ANUAR
 KUALA LUMPUR, SABTU, 17 November, 2012: Tindakan pendakwaan ke atas tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia membuktikan ketelusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa kes itu ke mahkamah agar kesemua suspek dikenakan hukuman setimpal sekiranya mereka didapati bersalah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat dapat menyaksikan sendiri PDRM dan Jabatan Peguam Negara bertindak pantas bagi menangani kes berkenaan.

Menurut beliau, tindakan pantas itu diharap dapat meredakan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia yang tercetus susulan dakwaan yang dibuat oleh wanita warga Indonesia terbabit.

''Saya akan melihat perjalanan kes ini secara terperinci dan telah meminta pihak polis agar tidak menyembunyikan kes-kes sebegini daripada pengetahuan orang ramai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment