My Add

Saturday 3 November 2012

Buruh binaan hilang ketika pasang jaring ditemui mati lemas

TEMERLOH, SABTU, 03 November, 2012: Seorang buruh binaan yang hilang semasa memasang jaring di Sungai Sem, antan di Kampung Lompat, di sini, tengah hari semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat Mohd Khairul Mohd Zain, 32, ditemui tersangkut pada sangkar ikan, tidak jauh dari tempat dia dilaporkan hilang, oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 8 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, Mohd Khairul dilaporkan hilang ketika memasang jaring di sungai itu bersama-sama seorang rakannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment