My Add

Saturday 3 November 2012

Kementerian Pelajaran akan jumpa NUTP bincang tuntutan

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 November, 2012: Kementerian Pelajaran akan mengadakan perjumpaan dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu atau dua minggu lagi untuk membincangkan sekurang-kurangnya sembilan tuntutan kesatuan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara tuntutan itu termasuk beban pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang menjadi isu panas di kalangan guru.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika menghadiri Perhimpunan Khas Guru dan Sambutan Hari Guru Sedunia di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin di sini,hari ini.- BH

No comments:

Post a Comment