My Add

Thursday 29 November 2012

CWA perkenal skim persaraan swasta

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: CIMB Wealth Advisors Bhd. (CWA) hari ini memperkenalkan skim persaraan swasta (PRS) khusus untuk pengusaha kecil dan sederhana (PKS).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CWA, Munirah Khairuddin berkata, pihaknya mensasarkan untuk mencapai pendaftaran sebanyak 20,000 akaun PRS di kalangan PKS sehingga tahun depan.

Katanya, CWA juga mempunyai rangkaian perkhidmatan yang kukuh dengan 5,000 perunding skim tersebut di seluruh negara.

"Bagi menjayakan skim ini, CWA telah bekerjasama dengan SMECorp Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan PRS kepada PKS di Malaysia.

"Skim ini boleh menjadi pelengkap kepada simpanan PKS di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri majlis pelancaran skim persaraan swasta CWA untuk PKS di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB-Principal Asset Management Bhd., Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Pengarah Kanan SMECorp Malaysia, Fozian Ismail. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment