My Add

Thursday 29 November 2012

Misi kemanusiaan ke Gaza berpaksikan fisabilillah

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan `Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan bahawa pemergian meraka berpaksikan jihad atau fisabilillah.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi sebarang kemungkinan yang berlaku, mereka tidak harus menuding jari kepada pihak penganjur mahupun kerajaan.

"Dengan pengalaman menganjurkan 28 misi kemanusiaan sebelum ini, segala faktor keselamatan dan prosedur operasi standard masih diutamakan," katanya pada sidang akhbar mengenai misi itu di PWTC hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment