Dewan Rakyat lulus Bajet 2013 berjumlah RM251.6b
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 201: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Belanjawan 2013) berjumlah RM251.6 bilion.
Bajet 2013 itu diluluskan kira-kira 5.30 petang apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Ia diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pada 28 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2013 merangkumi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Persidangan Dewan bersambung minggu depan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment