My Add

Thursday, 22 November 2012

Polis tahan pemandu treler rempuh pekerja PROPEL

 IPOH, KHAMIS, 22 November, 2012:: Pemandu treler yang merempuh lapan pekerja projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng semalam ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata pemandu berusia 41 tahun itu ditahan polis sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, tengah hari tadi.

Katanya pemandu yang berasal dari Langkawi, Kedah itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis akan melengkapkan siasatan dari pelbagai sudut termasuk dari pihak Propel, kelindan treler dan beberapa saksi selain keluarga mangsa sebelum tindakan mahkamah diambil ke atas pemandu terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ng berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 hingga RM20,000.

Kemalangan 4.30 pagi semalam mengorbankan empat pekerja Propel yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lebuh raya itu.

Empat lagi pekerja Propel serta pemandu dan kelindan treler terlibat cedera. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment