My Add

Tuesday 13 November 2012

Dewan Ulama Pas semakin hilang tulen

KOTA BHARU, ISNIN, 12 November, 2012: Dewan Ulama Pas dilihat semakin hilang ketulenannya dan ciri-ciri ulama sebenar sehingga tidak lagi sensitif terhadap isu melibatkan soal akidah umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, adalah sangat mengecewakan apabila kepimpinan dewan itu tidak sanggup membuat kenyataan tegas mengenai isu akidah yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar apabila menyerahkannya kepada orang ramai untuk membuat penilaian.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib itu jelas menunjukkan ulama Pas sekarang tidak lagi sensitif, tidak tegas dan tidak mengambil berat isu-isu melibatkan akidah umat Islam.

"Saya dukacita di atas kenyataan Dewan Ulama Pas itu. Saya merayu rakan-rakan dalam dewan itu supaya mempunyai pendirian dalam isu ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment