My Add

Tuesday 13 November 2012

Tolak Nurul Izzah, Wan Azizah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Umat Islam diseru menolak kepimpinan Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) itu berhubung kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Pengerusi Biro Agama Wanita UMNO, Datin Mesrah Selamat berkata, umat Islam juga tidak seharusnya berkompromi dengan kenyataan sedemikian bagi mengelak berlakunya kehancuran dalam permuafakatan ummah di Malaysia.

"Dalam hal ini, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu kepada Nurul Izzah terbukti gagal mendidik anaknya supaya berpendirian teguh dalam mempertahankan hukum-hukum Islam yang asas.

"Islam adalah agama yang tiada tolok bandingannya. Agama ini perlu dipertahankan dan mana-mana umat Islam yang membuat kenyataan seperti Nurul Izzah ini bukan sahaja menipu diri sendiri, malah kabur dengan landasan agama yang paling asas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment