My Add

Monday 19 November 2012

Doa kehancuran UMNO, murtad: Pas cuba alih perhatian

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Tindakan Pas yang terus mengecam Barisan Nasional (BN) dengan terbaru mendakwa UMNO murtad merupakan taktik dan helah mereka untuk mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hal demikian kerana Pas tidak mahu rakyat mempersoalkan mengapa mereka tidak menyentuh langsung soal hudud dan isu kontroversi kebebasan beragama yang dicetuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sepanjang muktamar Pas kali ini.

Sambil menyifatkan tindakan Pas itu sebagai menanam politik kebencian, jelasnya, UMNO dan BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak Pas, sebaliknya akan terus membela nasib rakyat.

"Mereka harap rakyat akan benci dan tolak BN. Tetapi itu politik lapuk. Mereka (Pas) tak pernah berubah cara mendekati rakyat. Dahulu pun tuduh kita kafir, Tun Mahathir firaun, Tun Abdullah penjaga ladang khinzir, kini tuduh kita murtad pula.

"Apakah ini imej Islam? Apakah ini yang nak kita suntik kepada anak-anak kita?" soal beliau ketika berucap dalam majlis berkhatam beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Batu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment