My Add

Sunday 11 November 2012

Dua mati selepas gempa bumi kuat gegar Myanmar

YANGON, AHAD, 11 November, 2012: Sekurang-kurangya dua orang mati dan lima dilaporkan hilang selepas gempa bumi kuat menggegar Myanmar dan mencetuskan suasana panik di tengah
bandar Mandalay, hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima setakat ini, dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera akibat gempa bumi ini manakala lima lagi dilaporkan hilang," kata pegawai di Naypyidaw yang enggan namanya disiarkan. Beliau berkata, mereka yang hilang adalah pekerja yang terhumban ke dalam Sungai Irrawaddy apabila gempa menggoncang jambatan yang sedang mereka bina di utara Mandalay.

Seorang lelaki mati dan tiga cedera akibat dihempap bangunan yang runtuh di bandar kecil di wilayah Sagaing manakala seorang wanita turut terkorban selepas sisa runtuhan menghempapnya di kawasan kampung di utara Mandalay. - AFP

No comments:

Post a Comment