My Add

Saturday 24 November 2012

Elak singgung pihak lain

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Para perwakilan dinasihatkan tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak ketika membentangkan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walaupun perwakilan bebas bersuara, mereka seharusnya membahaskan usul masing-masing secara berhemah.

"Kita memang ada kebebasan. Kita terima semua usul, ada yang bahas dan ada yang tidak bahas. Namun, sebagai sebuah parti yang berteraskan kaum, kita juga bimbang.

"Kita minta perwakilan bertenang sedikitlah. Kalau hendak sebut, sebutlah tetapi jangan menyakitkan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat media menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Menara Datuk Onn, PWTC di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment