My Add

Saturday 24 November 2012

Wanita UMNO mahu perjelas fakta sebenar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Persidangan Wanita UMNO pada 28 November ini akan menumpukan pada realiti semasa dan menjelaskan fakta sebenar kepada masyarakat terutama orang Melayu mengenai pelbagai isu penting yang memberikan impak besar.

Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar berkata, perbahasan tersebut akan dibuat secara berhemah dengan teguran membina bagi membetulkan kepincangan yang ada.

"Sebanyak 13 pembahas akan terlibat dalam tiga usul iaitu ucapan dasar Ketua Wanita, ekonomi, pendidikan, agama & sosial dengan menjaga sensitiviti semua pihak.

"Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti akan bersiap sedia dalam semangat menjelang pilihan raya umum bagi membantu kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang akhbar mengenai persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di ibu pejabat Wanita UMNO, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment