My Add

Wednesday 14 November 2012

Empat dikhuatiri lema

*ANGGOTA bomba mencari sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Padang Kerbau di Pendang, Kedah semalam.

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
PENDANG, SELASA, 13 November, 2012: Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam.

Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Kosmo! difahamkan kesemua mangsa mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Seorang penduduk, Siti Fatimah Husin, 34, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bahagian bawah rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter dari lokasi.

“Ketika saya bersama keluarga makan tengah hari, tiba-tiba terdengar satu bunyi ‘boom’ seperti ada benda besar jatuh ke dalam sungai.

“Saya jenguk ke arah sungai, saya mendapati ada kereta terjatuh ke dalamnya dan kemudian saya beritahu jiran.

“Tidak lama kemudian kereta itu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment