My Add

Wednesday 14 November 2012

KUIN tunggu jawapan MQA program ijazah

ALOR SETAR, SELASA, 13 November, 2012: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah menghantar segala dokumentasi yang diperlukan untuk mendapatkan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pengajian Tinggi bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan kolej itu.

Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman berkata, dokumentasi itu dihantar enam bulan lalu dan pihaknya kini masih menunggu jawapan daripada MQA berhubung permohonan tersebut.

Katanya, permohonan itu adalah normal memandangkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraati ialah program pertama yang ditawarkan di negara ini.

“Program ini sebenarnya telah mendapat akreditasi profesional (PA) daripada MQA dan kita boleh teruskan program ini di Kuin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment