My Add

Sunday 11 November 2012

Empat NGO buat laporan polis terhadap Nurul Izzah

KLANG, AHAD, 11 November, 2012: Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan kontroversinya mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji Kamarudin Meru pada jam 1 tengah hari tadi.

Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.

Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman, berkata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.

Beliau berkata, Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment