My Add

Sunday, 11 November 2012

Seoang maut, tiga parah akibat tayar kereta pancit

IPOH 1, AHAD, 11 November, 2012: Seorang maut manakala tiga cedera parah apabila kereta Toyota Avanza yang dinaiki sebuah keluarga dikatakan terbabas dan melanggar penghadang jalan di KM299.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar pagi tadi.

Enam lagi anggota keluarga itu dilaporkan cedera ringan dalam kejadian 4.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Ng Kong Soon berkata mangsa yang meninggal di tempat kejadian dikenali sebagai A. Kusulakumary, 55, yang duduk di bahagian belakang.

Pemandu van itu yang berumur 53 tahun patah peha kanan.

NG berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tayar kanan belakang kenderaan itu pancit sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment