My Add

Sunday 18 November 2012

Gabung desak Irene Fernandez minta maaf

JOHOR BAHRU, SABTU, 17 November, 2012: Kira-kira 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) membuat laporan polis terhadap dua kumpulan hak asasi manusia yang mencadangkan hak istimewa orang Melayu dimansuhkan baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentral hari ini terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang mempertahankan kajian bahawa dua fasal dalam Perlembagaan Malaysia perlu digubal untuk menjamin kesamarataan dan menghapuskan diskriminasi.

Ketua Penerangan Gabung, Abdullah Md. Yusof berkata, pertubuhan itu yang mewakili 320 NGO Melayu di Johor mendesak Irene menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat Melayu.

Pihaknya juga menyifatkan kenyataan Irene dalam portal berkenaan adalah sesuatu yang tidak wajar dan biadab kerana cuba mengganggu Perlembagaan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment