My Add

Tuesday 20 November 2012

Gabungan Kebangsaan Syria berpangkalan di Mesir

KAHERAH, SELASA, 20 November, 2012: Ibu pejabat pakatan pembangkang baharu Syria iaitu Gabungan Kebangsaan Syria yang mendapat sokongan antarabangsa akan berpangkalan di Mesir.

Agensi berita MENA melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh ketua pakatan tersebut, Mouaz Alkhatib di sini semalam, selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir, Mohammed Kamel Amr.

"Keputusan sudah dibuat bahawa ibu pejabat Gabungan Kebangsaan Syria akan berpangkalan di Mesir," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment