*SEORANG anggota polis Hamas saling berpelukan dengan seorang penduduk Palestin sebagai meraikan gencatan senjata yang mula berkuat kuasa, di hadapan ibu pejabat polis yang musnah di Gaza City, semalam. - REUTERS
GAZA, KHAMIS, 22 November, 2012: Selepas lapan hari pertempuran, akhirnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin dilaksanakan hari ini, walaupun terdapat keraguan berapa lama perjanjian anjuran Mesir itu dapat dipertahankan.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa malam tadi, namun kedua-dua pihak saling curiga-mencurigai apabila kira-kira 12 serangan roket dilaporkan dilancarkan dari Gaza ke Israel, kata polis.
Di Gaza pula, saksi melaporkan letupan berlaku sejurus gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 9 malam tadi (3 pagi waktu Malaysia), namun jumlah kematian dan kecederaan tidak dapat dipastikan.
Di Baitulmaqdis, tentera Israel menahan 55 suspek anggota pejuang Palestin di Tebing Barat hari ini.
Perjanjian itu sekurang-kurangnya ketika ini menghalang tentera Israel daripada melancarkan serangan darat.
Serangan selama lapan hari itu telah meragut nyawa lima rakyat Israel dan 164 penduduk Gaza termasuk 38 kanak-kanak.
Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berkata, pergerakan itu akan menghormati gencatan senjata jika Israel mengambil tindakan yang sama.
"Jika Israel tidak mematuhi perjanjian itu, kami sedia berperang,'' katanya yang kini hidup dalam buangan, dalam satu sidang media di Kaherah.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bersetuju 'mengambil semua peluang untuk melaksanakan gencatan senjata'.
Namun, beliau berkata, tindakan tegas mungkin diperlukan pada masa depan. - REUTERS

No comments:
Post a Comment