My Add

Sunday 4 November 2012

Guna peraturan sendiri

Oleh ZABRY MOHAMAD
 PULAU PINANG, SABTU, 03 November, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menggunakan undang-undang ciptaannya sendiri dalam penjualan tapak projek perumahan rakyat (PPR) di Taman Manggis di sini.

Berdasarkan Peraturan Tanah Pulau Pinang 2005, Kanun Tanah Negara 1965, setiap permohonan mendapatkan tanah milik kerajaan negeri perlu dipohon kepada Pejabat Tanah daerah terlibat.

Selepas permohonan itu diluluskan, Pejabat Tanah kemudiannya akan memaklumkan kepada pemohon mengenai syarat-syarat pembelian dalam tempoh tiga bulan.

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh (gambar) berkata, Guan Eng bagaimanapun tidak mematuhi peraturan itu, sebaliknya mengeluarkan sendiri surat tawaran dan memberikan tempoh 30 hari kepada Pemuda BN untuk melangsaikan bayaran penuh tanpa menyatakan syarat-syarat jual beli. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment