My Add

Sunday 4 November 2012

Guan Eng sedia serah tapak PPR Taman Manggis

PULAU PINANG, SABTU, 03 November, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang sedia memberikan taraf pemilikan tanah di Taman Manggis seluas 0.4 hektar kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri sekiranya pembayaran penuh tanah itu dilunaskan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah banyak membantu memudahkan cara bagi membolehkan Pemuda BN negeri mendapatkan tanah berkenaan.

"Jika mereka melunaskan semua bayaran, maka kita akan bagi geran. Tidak timbul soal syarat jual beli tanah kerana tanah itu adalah pemberian milikan oleh kerajaan negeri.

"Tanah itu juga merupakan tanah milik kerajaan negeri yang tidak bersyarat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ketua Pemuda BN Negeri, Oh Tong Keong semalam berkata, pihaknya tidak dapat menyerahkan baki bayaran berjumlah RM22,183,227 bagi membeli tanah di Zainal Abidin itu berikutan kerajaan negeri gagal menyediakan syarat-syarat pembelian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment