IBBM sedia lancarkan pusat latihan perbankan Asia
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Noember, 2012:- Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) kini bersedia melancarkan secara rasmi Pusat Latihan Perbankan Asianya pada awal tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tay Kay Luan.
Katanya IBBM merasa teruja pelaksanaan projek itu kerana ia mewakili satu mercu tanda utama di dalam matlamatnya untuk mewujudkan satu hab pendidikan bagi ahli profesional perbankan dan industri di rantau ini.
Ia merupakan satu langkah utama ke hadapan supaya kita dapat meningkatkan keupayaan untuk melatih dan berkongsi pengalaman di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment