My Add

Thursday 22 November 2012

Pemecatan, penggantungan ahli tidak jejas UMNO Semporna - Shafie Apdal

KOTA KINABALU, KHAMIS, 22 November, 2012: Pemecatan dua ahli dan penggantungan seorang lagi ahli UMNO Bahagian Semporna oleh Lembaga Disiplin parti langsung tidak menjejaskan kestabilan jentera bahagian itu, sebaliknya tindakan itu memantapkan lagi persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan tegas lembaga disiplin itu amat wajar untuk mendisiplinkan setiap ahli supaya sentiasa setia kepada perjuangan parti dan tidak melakukan sebarang perbuatan sabotaj yang boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan ahli.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menjelaskan bahawa segala bukti dan maklumat mengenai tindakan tiga ahli parti itu bersekongkol dengan parti pembangkang disalurkan oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi yang bukan sahaja mendengar tetapi turut menyaksikan dengan mata mereka sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment