Intipati ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Berikut antara intipati ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin sempena persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
1. Pemuda UMNO adalah pembawa obor perubahan dan perintis menuju kecemerlangan bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat, sejak zaman kolonial hingga hari ini. Pemuda juga sentiasa berada di barisan hadapan.
2. Pemuda UMNO pencetus hasrat generasi muda yang menitikberatkan hak asasi manusia, ketelusan tadbir urus dan kebebasan bersuara tetapi pada masa yang sama tetap memelihara tradisi dan legasi parti.
3. Fungsi Pemuda kini bukan sekadar menjadi kumpulan pendesak tetapi telah menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah. Oleh sebab itu pendekatan memperkecil dan meminggirkan bakat serta potensi orang muda sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
4. Berkat usaha gigih, Pemuda UMNO kini menjadi pencetus gelombang sokongan muda kepada BN. Ini dibuktikan menerusi beberapa siri pilihan raya kecil dan terbaharu menerusi pilihan raya kampus apabila mahasiswa proaspirasi yang menyokong BN memenangi 18 daripada 20 pilihan raya kampus.
5. Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan melipatgandakan usaha membantu graduan dan orang muda untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Skim Latihan 1Malaysia turut dibuka kepada pihak swasta yang bertauliah.
6. Pemuda UMNO mengusulkan agar syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga tempatan diberi pelepasan cukai atau geran ahar mereka tidak dikekang masalah kewangan. Ia sekali gus mengurangkan ketergantungan terhadapa pekerja asing.
7. Pemuda UMNO mencadangkan agar prosedur perlepasan kebangkrapan dipermudahkan termasuk mengurangkan tempoh untuk pelepasan hutang, memberi pendidikan pengurusan kewangan serta penangguhan bayaran cukai dan bantuan kewangan kepada golongan berkenaan. Ibi bagi membebaskan golongan muda yang menanggung kemuflisan akibat bebanan hutang.
8. Pemuda UMNO meminta agar kuota khas disediakan untuk keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan golongan ini tidak terlepas peluang memiliki rumah.
9. Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan menaja sebahagian pemohon Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang datang dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka mendapat lesen memandu dengan percuma.
10. Pemuda UMNO kekal berusaha mengenal pasti bakat-bakat dari dalam dan luar organisasi dan mereka akan diasuh serta dibimbing untuk menjadi pemimpin masa depan. PRU-13, bakat-bakat pemimpin baru ini perlu diberi peluang.
11. Bagi melahirkan generasi pelapis, Pemuda UMNO akan menubuhkan akademi khas untuk pergerakan itu yang diberi nama Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI). Akademi itu dicadang ditubuhkan di Sabah.
12. Atas realiti politik masa kini, Pemuda UMNO berhasrat agar peralihan generasi ini bukan sekadar di atas kertas tetapi juga di peringkat parti dengan memberi peluang lebih ramai pemimpin Pemuda dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment