Pemuda UMNO sedia dicalonkan pada pilihan raya
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Pemuda UMNO hari ini menyatakan keyakinan bahawa ramai kalangan pemimpin pergerakan itu yang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya akan datang.
Menurut Ketuanya, Khairy Jamaluddin, sejajar dengan realiti politik yang menunjukkan orang muda adalah segmen pengundi baru terbesar, adalah munasabah sekiranya mereka mahukan wakil daripada golongan sebaya.
"Bagaimanapun, kesetiaan kami tak pernah goyah terhadap keputusan muktamad Presiden UMNO. Kami sekadar menzahirkan hasrat kami yang membuak kerana cintakan negara, membuak kerana percaya masa kami telah tiba," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment