My Add

Sunday 18 November 2012

Israel kerah 75,000 askar simpanan

GAZA/BAITULMAQDIS, SABTU, 17 November, 2012: Kabinet Israel meluluskan kebenaran mengerahkan 75,000 askar simpanan sebagai persediaan perang terhadap Palestin, lewat malam tadi.

Sumber politik Israel berkata, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat selama empat jam bersama beberapa menteri kanan Israel di Tel Aviv tentang penambahan kempen ketenteraan, sementara anggota Kabinet lain menyatakan persetujuan melalui telefon.

Israel memutuskan menempatkan dua kali ganda jumlah tentera simpanan sehingga 75,000 anggota dalam kempen perangnya ke atas Gaza, namun tidak menyatakan sama ada kesemuanya akan dipanggil.

Awal pagi semalam, pihak tentera Israel berkata, sebanyak 30,000 askar sedang digerakkan untuk mengadakan serangan terhadap Gaza.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengulangi sokongan AS terhadap tindakan Israel yang didakwa berhak mempertahankan negaranya, ketika bercakap melalui telefon dengan Netanyahu mengenai konflik tersebut. - REUTERS

No comments:

Post a Comment